Wednesday 14 March 2018

JENIS JENIS UDANG



SALAM SEJAHTERA..SEDIKIT PERKONGSIAN MAKLUMAT.... NAMUN SYARIKAT KAMI HANYA MEMBEKAL UDANG PUTIH/KERTAS DAN UDANG HARIMAU...CALL KAMI DI SEGERA.. 019-4172468..



Jenis jenis udang


Udang adalah makanan kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh Manusia. Kandungan utama udang yang sangat terkenal adalah protein yang diperlukan untuk pemakanan dan lemak rendah.

Udang juga mengandungi antioksidan seperti  selenium kandungan ini memberikan manfaat dalam mengurangkan risiko kebotakan dan kanser.

Selain daripada kandungan mineral penting yang terkandung di dalam udang adalah viamin seperti omega 3. Omega 3 berguna untuk meningkatkan kecerdasan dan dapat melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas, mencegah pembekuan darah dan pengoksidaan kolesterol jahat sebagai penyebab utama penyakit jantung


Jenis jenis udang

Udang Katak (Thenus orientalis)


Udang ketak atau udang lubuk (Thenus orientalis) ialah sejenis spesies udang kara yang boleh ditemui di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Udang lubuk mempunyai badan keper, dan boleh membesar sehingga 25 sentimeter  atau panjang karapas

Udang ketak biasa terdapat di kawasan berbatu karang dengan dasar yang berpasir. Di Malaysia banyak terdapat di kawasan gugusan taman laut Mersing. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan Malysia, pada sekitar tahun 1985, pendaratan udang ini amat memberangsangkan. Namun kini kedapatan udang ini merosot secara mendadak dan ia jarang terdapat di mana-mana pasar di Malaysia, kecuali di sekitar Sabah


Udang Minyak

Udang Minyak merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.


Udang Harimau


Udang harimau ("Penaeus monodon") merupakan spesies udang, iaitu haiwan laut krustacean yang banyak diternak sebagai makanan. Taburan semulajadinya adalah di Indo-Barat-pasifik, dari persisiran timur Afrika, Semenanjung Arab, sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun. Ia boleh didapati di timur Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan Suez. Tambahan lagi populasi invesif telah menetap di Hawaii dan persisiran Laut Atlantik USA (Florida, Georgia dan South Carolina).

Kedua jantina mencapai sekitar 36 cm panjang, dan betina mampu mencecah berat sehingga 650 g, menjadikannya antara spesies udang terbesar di dunia.


Udang Galah

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan sejenis udang air tawar yang diternak secara komersial.



Udang Kara

Udang karang terdiri daripada famili (Nephropidae, kadang-kadang Homaridae) krustasea laut besar.


Udang Kertas 

Udang Kertas merupakan sejenis spesies udang yang dijual secara komersial dan banyak terdapat di kawasan tepi pantai dan laut tidak dalam. Banyak diternak di kolam kolam 


Udang Lipan


Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.[2] Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. 

Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.


Udang Rotan



Rotan udang - (nama saintifik "Korthalsia echinometra Becc.") merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan. Ia juga dikenali dengan nama Rotan dahan/semut (Indonesia, Malaysia). Nama sinonim saintifiknya juga adalah Calamus ochreatus Miq.Daemonorops ochreata Teijsm. & Binn. Korthalsia angustifolia var. gracilis Miq. dan Korthalsia horrida Becc.

Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma memanjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.

Pada pertengahan 1980-an kerajaan Malaysia telah menggalakkan penubuhan ladang hutan dan dengan itu ladang rotan telah dibuka di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak oleh pelbagai Jabatan Perhutanan Negeri. Sehingga hari ini, perladangan rotan ini membantu ia daripada pupus dan menggalakkan industri perabut rotan di Malaysia.

Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering mencecah beberapa ratus kaki).


Udang Puteh Kecil



Udang puteh kecil ("Metapenaeus lysianassa") merupakan sejenis spesies udang iaitu haiwan laut yang berkulit keras dan dipasarkan sebagai makanan. Ia banyak dijual di pasar-pasar


Udang Puteh Besar

Udang puteh besar merupakan spesies udang, iaitu haiwan laut krustacean yang berkulit keras dan dipasarkan sebagai makanan. Ia banyak dijual dipasar-pasar..

Udang Solo

Udang Solo merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.


Umang Umang


Umang-umang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea.[1]

Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.

Tabiat mendiam dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab", sempena bayangan pertapa yang tinggal sendirian dalam gua.

Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus.

Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih.

Kuda Laut atau unduk unduk


Kuda laut ialah sejenis ikan laut dalam genus Hippocampus dalam famili Syngnathidae, dalam order Syngnathiformes. Kuda laut adalah perenang yang lebih perlahan daripada arus laut dan perlu menggunakan ekornya untuk menahan pada rumpai laut sebelum dihanyutkan.


Lain lain udang seperti Geragau dan lain lain

GALERI UDANG
























SENARAI HARGA UDANG